بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kadang-kadang, otakku berfikir
Ligat memikirkan...
Apakah sumbangan ku terhadap agama?
Apakah sumbangan pekerjaanku terhadap islam?
Apa yang akan aku dapat di akhirat nanti dari pekerjaanku ini?
Sungguh, sehingga sekarang, aku tidak mampu memikirkan satu apa pun yang dpt memberi manfaat kepada diriku di akhirat nanti di dalam pekerjaanku ini...
Sedih...sadis...
Kadang-kadang, aku merasakan bahawa aku telah tersalah bidang untuk berbakti kepada agama dan memberi manfaat kepadaku di akhirat sana.
Aku mencari dan terus mencari...
Menjadi seorang doktor, Subhanallah besar manfaatnya di akhirat nanti jika amanah itu djaga sebaiknya.
Menjadi seorang cikgu, Allahu Akbar betapa beruntungnya mereka jika ilmu yang indah itu semakin berkembang dan menjadi pahala kepada si pengajarnya.
Tetapi, menjadi seorang programmer...apa yang mampu aku lakukan?
Aku tahu, tidak banyak yang dpt aku lakukan untuk agama..lebih2 lagi bila agreement pekerjaan kami tidak membenarkan pekerjaan luar yg melibatkan IT.
Dikala aku masih mencari, Allah menunjukkan aku..
Dakwah...
Ya..hanya itu yang aku mampu
Dengan persekitaranku yang dikelilingi bukan seagamaku...yang semuanya berbangsa cina..
Alhamdulillah, mungkin perjalanan hidupku tidak seindah yang lain, tapi Allah memberikan aku pekerjaan yang aku minati, dikelilingi rakan-rakan sekerja yang memahami dan saling bantu-membantu dan menasihati. Sungguh, aku bersyukur berada bersama mereka meskipun berlainan agama. Tidak ada fitnah, tidak ada umpat mengumpat..cuma kerja kerja dan juga makanan..hehehe..
Aku selesa bersama mereka..dan aku harap mereka juga selesa berada disekitarku...
Mereka mengambil berat tentang kehalalan makanan bila mahu makan bersama atau membuat jamuan kecil sesama kami..
Dan paling membuat aku rasa sungguh bersyukur, mereka sering menanyaku tentang islam..
Nah...disitu..Allah memberiku peluang untuk berdakwah..
Aku sedaya upaya menerangkan sebaik mungkin dan seindah mungkin tentang islam..
Ada yg bertanya mengenai puasa...ada yang bertanya mengenai solat jumaat dan mengapa perempuan tidak diwajibkan ( soalan ini agak sukar bagiku )..ada yang menanya mengapa ada perempuan islam yang tidak bertudung jika bertudung itu wajib ( nah, rasa tertampar pipiku dgn soalan ini )...ada yang bertanya mengapa ada perbezaan mazhab di dalam islam..dan bermacam2 lagi
Subhanallah...soalan-soalan tersebut, disamping aku cuba untuk mjawab sebaik mungkin untuk mengindahkan islam, juga mengingatkan bahawa betapa lemahnya diriku..betapa ceteknya ilmu ku.. Sungguh...soalan-soalan mereka menyedarkanku..
Bagaimana diri ini mahu menjadi muslimah sejati? bagaimana diri ini mahu memberi petunjuk yang baik? bagaimana diri ini mahu berdakwah membesarkan Islam? Jika ilmu didada juga masih lagi belum cukup? Jika ilmu tidak diraih setiap hari?
Ya, ilmu... Ilmu perlu sentiasa dicari, sentiasa diperbaharui...
Benar kita islam sedari kecil...benar kita belajar agama disekolah dari kecil..
Tapi sahabat, tanya diri anda, berapa banyak ilmu yang kamu belajar itu masih diingati sejelas-jelasnya?
Jangan..jangan dikata selagi tahu halal haram itu cukup..selagi tahu solat itu wajib, cukup..tahu rukun Islam dan rukun Iman...tetapi, keikhlasan tiada didalam diri...
Pandangan mata yg menjadi zina mata dan zina hati tidak dijaga...
Tiada rasa cinta pun terdetik bila mendengar ayat-ayat suci Al-Quran..tiada rasa rindu pun untuk sentiasa bertahajjud kepada yang Esa.. tiada rasa ringan pun lidah untuk berselawat ke atas junjunganNya tika mendengar nama Nabi Muhammad SAW itu disebut..
Tepuklah dada...tanyalah jiwa...bahagiakah kita nanti di akhirat sana?
Aku mahu ilmu...untuk berdakwah..untuk disampaikan.. supaya menjadi bekalanku diakhirat nanti..
Aku ingin menjadi seorang guru, supaya aku mendapat manfaat dari ilmu-ilmu yang aku berikan..Subhanallah, sekarang aku seorang tutor..
Aku cemburu dengan ibadah kerja seorang doktor, Alhamdulillah, sekarang aku mengajar matapelajaran sains yang mengagungkan ciptaan Allah SWT kepada anak2 muridku..
Lihat...betapa besarnya nikmat Allah berikan...
betapa indah perjalanan hidupku yang diaturNya...
Hebat bukan? Allahu Akbar!
Hebat bukan? Allahu Akbar!
Aku akui aku pernah buta...pernah lalai.. dek kerana cinta manusia...
Aku khilaf didalam nikmat yang dberikan.. Aku kufur kepadaNya...
Alhamdulillah, betapa cintanya Allah kepadaku..
Betapa besarnya dan hebatnya nikmat yang lebih indah Dia berikan kepadaku..
Alhamdulillah...