بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
aku tahu aku tidak sekuat Rabiatul Adawiyah
Aku masih mempunyai nafsu yang perlu aku ajari
Aku berusaha mengingatkan diri
Bahawa cintaNya adalah cinta abadi
RedaNya membawa bahagia
Subhanallah Subhanallah Subhanallah
Ahjussi memberi pepatah yg lucu
Jangan kerana pusuk seekor, alu sikmok makan cucor pusuk..
hahaha.. Masya-Allah...terketawa disitu.. terima kasih ahjussi
maksud ahjussi disitu, jangan kerana seorang lelaki, maka hilang impian untuk berkahwin...
Ya..aku akui, perkahwinan itu wajib jika mampu..jika ingin memelihara iman dan nafsu...
tapi aku yang sekarang, merasakan bahawa semua itu sudah tidak bererti..
insya-Allah jika Allah jodohkan di dunia ini, aku terima seadanya..
jika aku djodohkan dengan maut terlebih dahulu, aku terima dgn hati yg gembira..
aku terbaca, perbualan Rabiatul Adawiyah dgn org2 yg mempertikaikan dirinya yg tidak mahu berkahwin...
Subhanallah..jawapannya sungguh, menusuk kalbu, mencengkam jiwa..
Jawapan dari Rabiatul Adawiyah dlm perbualan tersebut:
"Aku akan berkahwin sekiranya mereka yg mahu mengahwini saya itu mampu mencari jalan bagi mengeluarkan,menyelamatkan dan mengubati saya daripada tiga kerisauan dan dukacita yg sedang saya hadapi.
Pertama, saat malaikat maut mencabut nyawa yg tinggal ini, apakah dirinya dpt menjamin saya menghadap Allah dgn keimanan yg sempurna?
Kedua, sejurus berada di padang masyar, dapatkah dirinya memastikan saya menerima buku amalan sepanjang kehidupan dgn tangan kanan?
Ketiga, selepas hisab di padang masyar, golongan yg soleh akan dimasukkan ke dlm syurga, manakala yg kufur dihumban ke dalam neraka. Apakah dia dpt menjamin yg saya tergolong di dalam yg masuk ke syurga?"
Subhanallah...
Cinta manusia...mampukah menjamin semua itu?
sudah tentu tidak...
Aku memberitahu ahjussi, aku lebih rela mencari redhaNya
and menerima cintaNya daripada cinta manusia yg belum tentu dtg dari Allah
ya..aku tahu, aku mungkin kedengaran taksub...
tapi, aku belajar dari kesilapan aku sendiri...
aku hanyalah manusia yg lemah..
bila terbuai dek dunia, secara tidak sedar aku menduakan cintaNya
Dia mencintai diriku, dan menarik aku kembali ke pangkuanNya
ya, sakit itu terasa kerana aku hanya manusia
tapi keindahan yg dirasa bila belajar dari kesilapan yg lalu
bila sedar semua ini adalah rasa cintaNya terhadap diriku dan imanku,
Subhanallah.. Allahu Akbar.. Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
aku pernah buta...
aku pernah alpa...
aku pernah leka...
terbuai dek kemanisan cinta yg dihanyut dosa...
aku patut sedar,
ketika mana diriku dimarahi kerana meninggalkan senaman utk sehari
tetapi diriku dkatakan tidak mengapa bila meninggalkan tahahjjud cintaku kepada yg Satu
nah..skrg, itu saja cukup untuk membuat aku sedar..
dimana prioriti keimanannya...
bukan keredhaan yg Esa..
tetapi duniawi semata mata..
Astaghfirullah..
dan aku juga telah lupa...
Semoga Allah menerima taubatku dan juga taubatnya..
-naraj2014-






0 sunseeds:
Post a Comment