بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bila diucapkan bersahabat Lillahi taala
Periksa hati..adakah ikhlas diucapkan?
Bila bersahabat, bukannya sentiasa perlu berhubung
Bila bersahabat, kita tidak perlu pengharapan
Bila bersahabat, kita perlu memahami
Setiap org mempunyai masalah tersendiri
Setiap org mempunyai perangai tersendiri
Jika ikhlas bersahabat, cukup la sentiasa saling mengingati dan menasihati
Jika ikhlas bersahabat, adakah tindakan kita meninggalkan atau tidak mempedulikan sahabat yg memerlukan bimbingan kita atau nasihat kita itu ikhlas?
Jika mereka hanya ada kita untuk membimbing atau mengingati, siapa yang akan membantu mereka utk kembali atau berubah menjadi lebih baik jika kita pergi?
Tepuk dada...tanya iman dihati..
Jangan terlalu mengikut emosi..
Kerana disitu la syaitan akan mula menempatkan diri
Seorang sahabat akan sentiasa berusaha untuk membantu
Seorang sahabat akan sentiasa bersikap terbuka
Ya..adakalanya mimang hati akan terusik..
terluka dgn tindakan sahabat yg kita sayangi
tapi jika benar kita sayang hubungan itu, adakah kita sanggup biarkan ia begitu sahaja?
setiap hubungan, samada keluarga, sahabat atau pasangan,
semuanya memerlukan kompromi
semuanya memerlukan perbincangan yg ikhlas dari hati ke hati
bukannya hanya berdiam diri dan minda mengandaikan beribu2 situasi
aku mempunyai sahabat yang memang sensitif
yang mudah menangis
Alhamdulillah kami masih bersahabat selama 21 tahun ini
ya..ada masanya masing2 terguris hati
tapi kami akan mengatakan apa yg terbuku di hati..
sama2 saling meluahkan apa yg tidak dpuaskan hati
sama2 saling meminta maaf dan memaafi
Mungkin salah aku yang kurang sensitif
Mungkin salah dia yang terlalu sensitif
Tapi jujurnya, bukan salah siapa2..
tetapi itulah diri kami..dan kami perlu berkompromi untuk menerima kelebihan dan kekurangan masing2
selalu berhubung? jauh sekali
sehingga jika aku terlalu leka bersama sahabat lain, dia akan terkecil hati
tapi dia tidak menjauhkan diri..jauh sekali untuk meninggalkan aku sendiri
Dia akan mencari diriku dan mengatakan rasa kecewa dihati
mungkin bukan salah aku, tapi akan aku minta maaf
kerana aku secara tidak sengaja mengecilkan hatinya
Sungguh...kami sayang persahabatan kami kerana Allah
Kami ingin jaga ikatan ini..bukan senang semudahnya untuk melepaskan pergi hanya kerana berkecil hati
Ya dia pernah terasa hati kerana aku pernah memarahinya lebih dari sepatutnya
ya..aku sering memarahinya..menegurnya
kadang2 aku tidak sedar akan kekasaranku
tapi aku ikhlas kerana sayang
dia akan memberitahu aku bahawa aku telah mengecilkan hatinya
aku terlalu kasar
aku akan meminta maaf..
kerana bila kita tahu cara kita salah, atau dia tidak dpt menerima cara kita
pintalah kemaafan..
kerana kalau kita sayang hubungan itu..jagalah ia
beri kemaafan..minta kemaafan..
bukan dengan menjauhkan diri atau memutuskan hubungan
aku bukan jenis yang akan mencari jika aku masih didalam kesibukan
tapi jika mereka mencari, akan aku cuba sepenuh hati
jika mereka memerlukan bantuan, akan aku segera memenuhi
tapi jika aku benar2 tidak mampu, akan aku katakan sejujurnya
Sungguh...itu tidak rasional dan matang bagiku
atau siapa2 diluar sana...
berfikir secara matang...
Bila semuanya mengikut emosi
amat mudah pemikiran kita dipengaruhi
Fikirkanlah... jika syg..jagalah ia
Fikir secara matang..
hanya ini mampu aku luahkan..
-naraj2014-