بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bila kita berdoa kepadaNya untuk rezeki, kebanyakannya didalam otak yang berligat hanyalah wang. betul?
kerana aku juga dulunya begitu.
Rezeki itu luas...seluas nikmat yang Allah turunkan kepada kita didalam kehidupan seharian kita.
ada yang dmurahkan rezekinya dari segi kewangan sehingga dia mampu memiliki semua apa yang dia inginkan.
ada yang dmurahkan rezekinya mempunyai keluarga yang penyayang, yang sentiasa membuat hatinya bahagia tanpa gangguan dari luar.
ada yang dmurahkan rezekinya mendapat sahabat sahabat yang mengingatkan dia kepada Allah dan menjadikan dirinya lebih mudah untuk beristiqamah ke jalanNya.
ada yang dmurahkan rezeki mendapat pasangan yang sempurna dimatanya. yang menjadi pendamping diri dan membantu dirinya menjadi lebih baik. yang berada bersama sama disaat susah dan senang.
ada yang dmurahkan rezekinya dengan mendapat pekerjaan yang baik, ketua yang memahami, kawan2 sekerja yang saling bantu membantu walaupun ada yang tidak seagama.
ada yang dmurahkan rezeki dengan sentiasa berasa gembira didalam hari hari nya tanpa ada kesedihan di hati.
ada yang dmurahkan rezekinya dengan segala kemudahan yang dberikan untuk dia mudah melakukan ibadat tanpa ada sebarang kekangan.
ya luas...
tapi ada harinya kita sebagai manusia, lemah
kita lupa bahawa jika sesuatu yang kita mohon dari Allah, mungkin bukan masanya
kita lupa dan berasa marah terhadap makhlukNya atas ketiadaan rezeki dariNya itu
kita lupa bahawa Dia yang menentukan segalanya
kita lupa, jika kita marah dan kecewa kepada makhlukNya, adalah seperti kita marah dan tidak redha terhadap perancanganNya
ya Allah, maafkan aku
sungguh aku tidak kuat
sungguh aku hanyalah hambaMu yang lemah
ikhlaskan hatiku untuk tidak bersedih
ikhlaskan hatiku untuk menerima ketentuanMu
ikhlaskan hatiku untuk ikhlas kepada qada' dan qadarMu
kuatkan aku ya Allah
hilangkan perasaan sedih dan kecewa aku ini
dan jika ada diantara teman2 ku yang juga merasa sedih dan kecewa
Kau ampunilah mereka
ikhlaskan dan kuatkan hati mereka
tenangkan mereka
tenangkan hati kami ya Allah
kami hanyalah hambaMu yang lemah
permudahkan urusan2 kami
ikhlaskan kami dalam bersabar
tingkatkan kesabaran kami untuk menghadapi ujian dan dugaanMu
jadikanlah kami dikalangan hamba2 Mu yang soleh, ikhlas dan sabar...
Amin...ya Rabbal Alamin..
-naraj2014-
0 sunseeds:
Post a Comment