RSS

Pendosa...

                                              بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum

agak lama tidak bertinta di dalam bahasa melayu..
bahasa kebangsaan...
disebabkan bulan ini bulan merdeka, aku merepek la sekejap dalam bahasa melayu kita.. n_n

tajuk macam heavy..tapi mukadimah merepek... -_-

okay...lets get serious.. (tercampur plak omputehnya) =_='

selama aku hidup 27 tahun ni (chewaahh), 
aku ingatkan bahawa banyak dugaan dan asam garam aku harungi..
aku ingat aku cukup kuat menghadapi semua ujianNya
aku ingat aku cukup ikhlas berserah kepadaNya
aku ingat aku cukup bersyukur kepadaNya

dari kekhilafan,
aku kembali ke jalan yg lurus
Alhamdulillah aku dberikan sebuah keluarga yg byk membantuku
Alhamdulillah aku dberikan sahabat2 yg solehah dan mengingatkanku
aku cuba untuk istiqamah
aku pelihara hati aku dari dkecewakan oleh mana2 lelaki yg ingin mendekati
kerana bagiku, telah cukup aku dikecewakan berkali2
sama ada dijadikan sandaran ataupun dicurangi
ya..aku rasa aku cukup kuat untuk menghadapi
dan aku sentiasa mengingatkan diriku bahawa aku cukup sifat untuk dijadikan isteri
dan lelaki2 itu semuanya rugi
ya Allah, betapa riak nya aku dikala itu

ya, aku riak..kerana tidak pernah aku merasa manisnya cinta
seperti yg sering aku pinta, yg sering aku doakan
seorang lelaki yg mahu hidup bersama ku bukan sekadar menjadikan aku sebagai teman wanita
seorang lelaki yg cukup matang, yg tahu apa yg dia mahu dan tahu tanggungjawabnya kepada bakal isterinya
sehinggalah Allah memakbulkan doa ku itu

Allah memberikan dia di dalam hidupku
dia memiliki semua ciri2 yang aku pinta
dia berjanji ingin hidup bersama secepat mungkin
dan aku merasa betapa indahnya cinta
kerana aku percaya ini adalah pemberianNya kepadaku
dan aku ingin menguatkan imanku dan mengawal nafsuku didalam sebuah hubungan yg halal
dan dia juga inginkan yg sama sepertiku

tapi aku alpa,
aku lupa..
ya..aku seorang pendosa..
aku berdosa kepada diriku..
aku berdosa kepada Allah...
aku berdosa kepada ayahku...

dan Allah ingin menyedarkan aku kembali
untuk kembali kepadaNya
untuk kembali ikhlas mencintaiNya

dan aku gagal disitu
aku gagal menerima qada dan qadarNya
aku gagal mengikhlaskan hati ku untuk redha kepadaNya
aku gagal untuk berserah kepadaNya
aku gagal kerana aku hanyalah manusia yg lemah

aku lemah...
dan aku hanyut didalam kesedihanku
aku berpaut pada cinta duniawi
aku gagal untuk melepaskan cinta yg telah lama aku dambakan
walau berkali-kali diri ini dibuang dan ditolak ke tepi
dia sudah tidak mahu akan diriku yg pendosa ini
tetapi aku masih merayu lagi

ya Allah,
maafkan aku...
dikala aku rasa bahawa aku cukup kuat,
Engkau tunjukkan betapa lemahnya imanku
Engkau tunjukkan betapa rapuhnya cintaku kepadaMu
Syukur ya Allah,
kerana Engkau masih memberiku hidayahMu
kerana Engkau masih memberiku petunjukMu
kerana Engkau masih menyayangiku

aku mengambil masa yg lama utk kembali kepadaMu
aku terlalu leka didalam kesedihanku
aku terlupa siapa diriku sebelum nya
ya, aku masih seorang pendosa
istiqamah itu sukar
aku akui...
dan aku masih merangkak untuk kembali kepadaNya
aku masih berusaha menjadi yg terbaik utk bakal imamku nanti
jika dberi kesempatan
aku masih berusaha utk mencari keikhlasan hati dan redha Ilahi

Iman tidak sentiasa berada di tahap yg sama
Ia perlu dibaja dan dijaga setiap hari untuk merasa kemanisan ibadah kepadaNya
dan Iman ku tidak la sehebat mana
Ilmu ku masih belum cukup 
dan aku masih berusaha untuk mencari sebanyak ilmu agama untuk diriku dan untuk aku sebarkan kepada yg memerlukan
aku seorang pendosa yg masih merangkak untuk kembali kepadaNya

dan aku sentiasa akan menjadi seorang pendosa
kerana lemahnya diriku sebagai manusia

-naraj2014-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sunseeds:

Post a Comment