RSS

Pergi...

Jika itu kehendakmu 
Pergilah
Hati ini sentiasa terpahat satu nama
Allah SWT

Hati ini hanyalah untuk Dia
Hak milikNya
Hatimu dan Hatiku
Bukanlah milik kita

Jika dirimu ingin pergi
Pergilah
Dunia ini luas
Masih banyak lagi yang dirimu belum cuba

Masih banyak lagi yang engkau belum rasa
Pergilah sejauh mana engkau mahu
Jika Dia menetapkan Hatimu untukku
Kembalilah bila tiba masa nya

Jika Dia menetapkan Hatiku untuk yang lain
Bahagialah engkau disana
Semoga Dia menjaga Hatimu
Semoga Dia memelihara imanmu

Itulah doaku
Kerana Dia memberikan rasa di Hatiku
untuk menyayangimu
Bukan untuk membencimu

-naraj2014-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sunseeds:

Post a Comment